Tuesday, July 1, 2008

Salam to all!
This Friday 4th July 2008 - 1st Rejab 1429, kalau moleknya kita berpuasa la,
If not at least don't miss fasting for at least a day dalam bulan rejab.
On the last Friday of Rejab, read: AHMADU RASUULULLAH, MUHAMMADUR RASUULULLAH (35x)
Fadhilahnya: Barangsiapa yang membaca zikir tersebut pada hari Juma'at terakhir dari bulan Rejab ketika khatib di atas mimbar, nescaya dia hidup mewah dan dimurahkan rezekinya
KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi S.A.W.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi S.A.W.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.
( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) Bulan Rejab Syahrullah
( Bulan Allah ). diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih
yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap
malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap:
Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun
(bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali,
pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan,
kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya
Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan).
( Rahmat, pemurah, kebajikan).
Kerana kebesaran, keagungan
dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya,
kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan
beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang
dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Walwahua'lam

Tuesday, June 17, 2008

Salam to all

Pertama sekali saya ingin mengucap syukur dipanjang umor, sihat tubuh badan dan selalu dipersenangkan di permudahkan segala urusan baik dunia dan akhirat. walaubagaimana pun saya terharu apabila menerima gambar diatas dari seorang sahabat saya ARIFF, yang merupakan teman sekelas saya darjah satu pada tahun 1967...bayangkan setelah 41 tahun hanya ucapan terima kasih yang dapat terpantul dari mulut ku. InsyaAllah saya, Arifff dan beberapa yang lain akan bertemu dihujung minggu ini. Tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan ku setelah kami berpisah dari darjah 6 di tahun 1972.

Juga kami akan mengunjung Cikgu yang mengajar kami di tahun 2 Cikgu Yati yang tinggal di Setapak, entahlah bagaimana nak gambarkan perasaan saya disini......sedih, terharu, hiba, dan seterusnya........

Friday, January 18, 2008

Daddy Hashim, Haniz & Akmal






Salam!

Inilah gambor terbaru Daddy Hashim, Haniz & Akmal at White cafe Kopitiam near Taman Kosas.